Saturday, December 31, 2011

Maharaja Lawak Mega (2011) - Complete


Sinopsis:
Kejayaan Maharaja Lawak Astro yang menghimpunkan pelawak-pelawak tempatan beraksi di atas pentas untuk merebut Juara Maharaja Lawak Pertama dan wang tunai RM350,000 ternyata menjadi satu fenomena hebat. Kini Astro kembali untuk mengembalikan fenomena yang lebih besar lagi untuk pelawak-pelawak bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari Singapura dan Indonesia bertarung di atas pentas yang lebih besar.
Maharaja Lawak Mega bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober dengan 47 pelawak-pelawak profesional berentap di pentas besar.

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot) .Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid pula muncul sebagai peserta solo.

Sementara kumpulan koloborasi Malaysia- Singapura terdiri daripada Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dengan nama kumpulan Syok. Kumpulan Gebu pula adalah pasukan wanita dari negara tambak seberang dengan peneraju mereka Hani dan Azian.

Peserta dari Indonesia terdiri daripada kumpulan LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), kumpulan SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dan kumpulan CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).



Kepergok Pocong (2011) - VCDRip


AINA (Aziz Gagap) mahasiswa yang mempunyai pekerjaan sampingan sebagai penggali kuburan. Ia tinggal bersama Boy (Reymond) dan Ceko (Rozi Mahally). Boy yang merasa dirinya paling ganteng berpacaran dengan Princess (Nadya Almira). Saking cintanya dengan Princess, ia rela meminjam uang kesana-sini untuk membahagiaka Princess. Sedangkan Ceko memendam cinta dengan Niken (Keira Shabira)

Suatu ketika Donatus (Albert) teman mereka membuat dokumentasi tentang Aina sebagai pekerja penggali kubur. Disaat bersamaan Boy dan Ceko menemukan sebuah buku KIAT CEPAT KAYA SECARA MISTIK. Di buku itu ditulis bila menyimpan foto jenazah orang mati akibat termakan sumpah pocong, maka rejekinya akan dimudahkan. Kebetulan Aina mendapat job menggali kubur orang yang mati akibat sumpah pocong. Malam itu Boy, Ceko dan Donatus ikut ke pemakaman umum bersama Aina. Dan mereka berhasil memotret jenazah memakai Hp. Sehari kemudian mereka mendapat tawaran main film sebagai figuran dan dibayar dengan honor tinggi. Inilah salah satu bukti sukses mereka

Tetapi keanehan pun terjadi setelah mereka sukses. Uang yang mereka dapatkan berubah menjadi sobekan kain kafan. Mereka diteror dengan sosok pria yang sangat misterius. Dan yang paling menyeramkan sekaligus konyol adalah munculnya pocong dan kuntuilanak. Pocong dan kuntilanak kompak mengganggu setiap hari tapi entah kenapa setiap di ganggu malah mahluk halus itu sial. Dan ada pula mahluk aneh seperti suster ngepot dan pocong pink

Siapah sebenarnya sosok pria misterius itu dan mengapa banyak mahluk halus yang mengganggu mereka? Berhasilkah mereka lolos dari keanehan ini?

Info: Film Indonesia
Release Date: 14 July 2011
Genre: Horror | Comedy
Cast: Albert Putra, Anastasya, Aziz, Keira Shabira, Nadya Almira, Reymond Knuliq, Rozi Mahally
Quality: VCDRip
Encoder: hydedy@Ganool
Subtitle: Indonesia | English (N/A)

Datin Ghairah (2011) SDTVRip


DATIN GHAIRIEYAH atau lebih dikenali sebagai DATIN GHAIRAH adalah balu kepada arwah DATO MAHFUZ seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. EMELIA dan EMELDA adalah hasil perkongsian hidupnya selama hamper 20 tahun bersama Dato Mahfuz. Walaupun hidup dalam serba kemewahan, meraka berdua amat lemah dalam pelajarannya terutamanya mata pelajaran matematik,ini membuatkan Datin Ghairieyah mengarahkan setiausaha kerjanya MELISSA mencari seorang guru yang boleh mengajar mata pelajaran matematik melalui internet dan iklan dalam akbar tempatan.

Selama hampir dua tahun status janda yang disandang oleh Datin Ghairieyah sedikit pun tidak melemahkan dirinya untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya Dato Mahfuz,dia semakin ghairah untuk memperluaskan empayer perniagaan dengan bantuan CAPT.(R)LOQMAN seorang bekas pegawai TLDM yang berpengalaman serta mendapat sokongan daripada CIK MELISA sebagai setiausaha kerjanya, ENCIK FAIZAL dan ENCIK HAIRIE penyelia di syarikatnya.Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan
anak-anaknya bertambah terjamin dengan adanya seorang pegawal peribadi yang bernama BADRI atau lebih dikenali sebagai BOB. SUFIAN seorang ahli perniagaan,dia juga merupakan rakan karib arwah DATO MAHFUZ.SUFIAN sedaya upaya cuba untuk memikat DATIN GHAIRIEYAH demi kepentingan
perniagaannya.

Friday, December 30, 2011

OST Ombak Rindu (2011) - mp3 (Updated)


OST Ombak Rindu - mp3

Sumpahan Puaka (2011) - DVDRip


Shamsudin adalah seorang pelukis. Beliau bercadang untuk memasuki ke sebuah kampung untuk mencari ilham untuk melukis. Setelah berada di kampung itu untuk beberapa hari, Shamsudin mengalami pelbagai insiden yang pelik. Mak Jah berjaya memaksa Shamsudin untuk bersumpah supaya akan sentiasa menjaga Mak Jah. Shamsudin mula merasa pelik apabila ada yang memberitahu bahawa Mak Jah sebenarnya telah mati…

Misteri Jalan Lama (2011) - DVDRip


Indra, anak kandung Iskandar menjadi pelumba kereta profesional, tetapi suka berjudi dan meminjam duit dengan ceti haram serta diburu anggota kongsi gelap. Manakala, Ilya pula adalah anak angkat yang diserahkan seseorang kira-kira 25 tahun lalu.

Biarpun, Ilya bukan anak kandung tetapi, Iskandar sangat menyayanginya. Hinggakan, Indra berasa hati dan mengambil keputusan untuk menjauhkan dirinya. Bagaimanapun, pada hari ke-15 selepas kematian Iskandar, pembacaan wasiat dibuat.

Namun, Indra turut diminta membawa Ilya yang tidak tahu memandu datang bersamanya. Ketika di lebuh raya, mereka dikejar anggota kongsi gelap yang menuntut hutang pada Iskandar. Bagi melepaskan diri, Indra memandu menggunakan jalan lama.

Apapun, tanpa disangka Indra dan Iskandar, mereka masuk ke dunia lain. Pelbagai peristiwa pelik, dialami mereka. Diganggu makhluk ngeri sehinggalah kepada perkara yang menyeronokkan. Justeru, apakah yang berlaku dan siapakah sebenarnya mereka?

Tuesday, December 27, 2011

Sebelum Mataku Tertutup (2011) SDTV


Serina ni sudah berkawin dan mempunyai 2 orang anak. Mak dia pun tinggal bersama dengannya dan dia jugak ada seorang maid untuk membantu kerja-kerja rumah. Maybe sebab dia ni bosan duduk rumah sebab jadi suri rumah sepenuh masa kan so dia ni selalu lah berchatting kat internet . Masa dia berchatting ni dia ada berkenalan dgn seorang lelaki ni .Lelaki ni jahat sebab kikis duit perempuan , curang dgn isterinya dan kerjanya nak menipu duit perempuan lain je.Serina ni pulak termakan pujuk rayu dan curang dgn suaminya. Pastu dia ni pun jumpa bomoh sebab nak menundukkan suaminya dan kunci nafsu seks suaminya. Beri air yg telah dijampi ,buat nasi kangkang. Macam-macam dia buat kat belakang suaminya dan mak dia pun tahu yang anaknya ni berlaku curang dan jahat lah sebab maid dia ni nampak apa yg berlaku.Pastu mak dia pu tegur lah perbuatan tu dan Serina ni naik angin so dia ni halau mak dia dari rumah dan mak dia pun cerita lah semua ni kat suami Serina ni.

Aku Untuk Siapa (2011) - SDTVRip


Lakonan Siti Saleha (Nora Elena), Almy Nadia, Zila Bakarin, Amer Sofaz, Iqram Dinzly, Fadzilah Mansor, Idris Mat Diah, Hairi Othman.Aku Untuk Siapa mengisahkan Zizie merupakan anak kandung Ramlan dan Sofea manakala Julia pula adalah anak angkat yang dipelihara sejak berusia tiga tahun. Hal ini dirahsiakan dari pengetahuan Julia.

Kisahnya bermula apabila Mak Yam yang ketika itu hidup dalam kesempitan telah datang membawa anaknya Julia ke pejabat tempat Ramlan bekerja dan meminta pertolongan Ramlan agar mendapatkannya sebarang pekerjaan. Oleh kerana tiada sebarang jawatan boleh ditawarkan di pejabatnya, Ramlan
telah menawarkan Mak Yam bekerja di rumahnya sebagai orang gaji. Semenjak itu juga Julia telah dijadikan anak angkat kerana Ramlan tidak mempunyai anak setelah tiga tahun berkahwin dengan Sofea. Kehadiran
Julia adalah sesuatu yang amat mengembirakan Ramlan, namun tidak bagi Sofea. Baginya dia tidak perlu mengambil anak angkat kerana merasakan bahawa dia boleh mengandung dan melahirkan anak sendiri. Tetapi disebabkan suatu peristiwa yang pernah berlaku sebelum berkahwin dengan Ramlan, dia mengambil ubat pencegah kehamilan di luar pengetahuan Ramlan.

Suria Di Cardoba (2011) - SDTV - Completed


Suria Di Cordoba menceritakan tentang seorang gadis moden yang sangat cantik campuran Melayu-Sepanyol iaitu Suria Khadijah Parker (lakonan Sari Yanti), yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan. Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia pula diuji oleh Allah dengan cinta yang luar biasa.

Tengku Huzir (fahrin) memberi cabaran tersendiri melalui tiga transisi warna dirinya. Pertama dia adalah seorang anak yang rosak akhlak kemudian apabila berkahwin dia berubah cuba menjadi sisi yang lebih baik, namun ada tragedi hitam yang menimpa hidupnya. Akhirnya dia benar-benar insaf, lalu bertemu dengan Suria (lakonan Sari Yanti) lalu kehidupannya menjadi lebih sempurna.

Anak (2011) - SDTVRip


Sinopsis: Cerita tentang kesusahan dan rintangan yang dilalui oleh Amir dan Intan dalam perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan zuriat. Kehidupan mereka pada mulanya dilimpahi dengan kemewahan namun tanpa zuriat hidup mereka bagaikan tidak bermakna. Keluarga mereka yang lain juga turut mendesak agak berusaha dengan pelbagai cara untuk membolehkan pasangan ini mendapat anak. Apabila Intan mengandung, pelbagai masalah pula yang melanda dan mencabar kesabaran pasangan tersebut. Sama-sama saksikan telefilem lakonan Faizal Hussein, Dato Rahim Razali dan Lisdawati.

Thursday, December 22, 2011

Misteri Jalan Lama (2011) - DVDRip


Sinopsis
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?

Sini Ada Hantu (2011) - DVDRip


Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.

Bakri memulakan kisahnya tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG Kisah berlaku di sebuah kampung pedalaman… Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap buaya darat. Zam cuba memisahkan mereka berdua.

KISAH SERAM 4D cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati.

TANDAS ASRAMA BERHANTU kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.

VAN cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut.

Tolong Awek Aku Pontianak (2011) - DVDRip


Sinopsis:

Tolong! Awek Aku Pontianak adalah sebuah kisah cinta komedi yang terjadi antara manusia biasa dan juga pontianak. Kisah ini bermula apabila Bob telah ditinggalkan oleh teman wanitanya. Sebelum itu, Bob sering bermimpi teman wanitanya bertukar menjadi pontianak. Jadi, selepas berpisah, Bob bersama kawan karibnya berpindah ke rumah baru yang lebih murah sewanya.

Jiran di hadapan rumah mereka merupakan dua orang adik beradik perempuan bernama Maya dan adik perempuannya. Sebelum ini, setiap kali mereka mendapat jiran, mereka akan berpindah ke tempat lain. Tetapi kali ini, Maya memberitahu adiknya bahawa mereka akan terus tinggal di sana dan tidak akan berpindah. Tetapi, adiknya ingin menguji Bob dan kawan karibnya itu. Selepas diuji, ternyata Bob memang seorang lelaki yang baik.

Bob bekerja di sebuah syarikat sebagai Junior Designer. Dia bersama rakan sekerja sering dibuli oleh Head of Department mereka. Segala idea mereka akan dicuri oleh Head of Department mereka. Ini termasuklah idea dan juga konsep perniagaan yang akan dijual kepada pelanggan mereka.

Selepas itu, Maya mula mengajak Bob untuk pergi menonton wayang bersama. Ketika mereka pulang, beg Maya telah diragut oleh peragut. Bob cuma untuk mengambil kembali beg tersebut tetapi malangnya dia telah dipukul oleh peragut tersebut. Akibatnya, Maya telah bertukar menjadi pontianak untuk menyelamatkan Bob. Sejak dari itu, cinta mereka telah berputik.

Head of Department tempat Bob bekerja telah datang rumah Bob untuk melawat Bob. Ketika itu, mereka telah menawarkan Maya untuk bekerja di syarikat mereka dan Maya bersetuju untuk bekerja di sana kerana dia ingin bersama Bob. Jadi, dia telah membantu Bob melakukan tugas di pejabat dan menaikkan nama Bob semasa mesyuarat bersama CEO. Selepas itu, Bob dilantik menjadi Senior Designer kerana CEO amat berpuas hati dengan idea yang Bob berikan.

DST Papa I Love You (2011) SDTVRip


Sinopsis
Mengisahkan seorang ayah, Baha yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, Mia dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan Elly, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap. Datuk Kudin seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.

Sumpahan Puaka (2011) DVDRip


Sinopsis
Shamsudin adalah seorang pelukis. Beliau bercadang untuk memasuki ke sebuah kampung untuk mencari ilham untuk melukis. Setelah berada di kampung itu untuk beberapa hari, Shamsudin mengalami pelbagai insiden yang pelik. Mak Jah berjaya memaksa Shamsudin untuk bersumpah supaya akan sentiasa menjaga Mak Jah. Shamsudin mula merasa pelik apabila ada yang memberitahu bahawa Mak Jah sebenarnya telah mati…

Wednesday, December 21, 2011

4 Hijrah 4 Hidayah (2011) SDTVRip



Sebuah Dokumentari berdasarkan cerita sebenar tentang empat insan dari latar belakang yang berbeza. Kisah 4 orang insan yang menemui hidayah Allah SWT untuk berhijrah dari kejahilan dan kekhilafan kepada kehidupan yang lebih baik. 

Bertaut Kasih (2011) - SDTVRip

Mengisahkan Fauzi yang terpaksa berkahwin dengan Yasmin, gadis pilihan ibunya. Walaupun mereka nampak bahagia namun Fauzi sering merasa kekosongan.

Wednesday, December 14, 2011

Di Bawah Lindungan Ka'bah (2011) - DVDRip



Sinopsis:
Hamid dan Zainab berasal dari dua keluarga dengan tingkat sosial yang berbeda. Hamid yang berasal dari keluarga miskin dan Zainab yang berasal dari keluarga kaya. Hamid mendapat dukungan dana sekolah dari ayah Zainab, ibu Hamid pun bekerja di rumah keluarga Zainab. Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya, Hamid dan Zainab, kemudian saling jatuh cinta.

Mereka berbagi impian yang sama, yaitu tiap manusia bebas untuk mencintai dan dicintai, dan impian untuk menunaikan ibadah haji di Mekah.

Hamid melakukan segalanya demi Zainab. Demi mewujudkan cinta mereka. Demi mewujudkan impian itu. Melewati berbagai halangan yang ingin memisahkan mereka, mencoba membuka satu persatu belenggu yang meng atasnama kan adat masa itu.

Bahkan ketika keinginannya untuk meminang Zainab pupus sudah, keinginannya untuk mewujudkan impiannya dan Zainab pergi ke Ka’bah tetap ia perjuangkan.

Hamid berjuang pergi ke Mekah demi Zainab. Zainab berjuang mempertahankan cintanya disini demi Hamid.

Sebuah cerita yang berlatar belakang Sumatera Barat tahun 1920-an tentang cinta abadi, dimana ketika segala sesuatu kelihatannya tak mungkin, cinta dengan caranya sendiri, menjadikannya mungkin.


Info: http://www.imdb.com/title/tt2022376/
Release Date: 25 August 2011
Genre: Drama
Cast: Didi Petet, Herjunot Ali, Hj. Jenny Rachman, Laudya C Bella, Leroy Osmani, Niken Anjani, Tara Budiman, Widyawati

Monday, December 12, 2011

Aku Bukan Tomboy (2011) - DVDRip



Sinopsis:
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy Farisa yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis Tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya

Murabbi (2011) -SDTVRip


Kisah perjuangan seorang guru demi menyelamatkan anak-anak muridnya daripada terjerumus ke lembah kemurkaan. Tugas guru disekolah terpaksa ditinggalkan kerana mendapat wasiat untuk meneruskan usaha untuk menyelamatkan wanita yang terlanjur dan menunggu masa untuk melahirkan anak dan disisihkan oleh keluarga sendiri.

Tuesday, December 6, 2011

Super Lawak FC (2011) - Ep 1-2


Mengisahkan aksi komedi permainan bola sepak jalanan, diterajui oleh Johan. Ianya bermula setelah Johan dibuang daripada pasukan Daya Bumi, angkara hasad dengki Omara.

Monday, December 5, 2011


“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Fast Forward Malaysia - HSBB Project (2011) SDTVRip


Teknologi internet di Malaysia semakin maju apabila semakin banyak syarikat yang telah membangunkan perkhidmatan internet jalur lebar dengan berkelajuan tinggi. Peneraju utama dalam teknologi jalur lebar TM telah pun memulakan langkah bagi memastikan projek ini berjalan dengan baik.

Kini, TM telah pun memperkenalkan UniFi pada projek jalur lebar mereka pada masa ini. Ianya boleh menampung kelajuan internet sehingga 20Mbps/saat. Selain daripada itu juga mereka memperkenalkan sistem IPTV dimana pengguna boleh menonton siaran diseluruh dunia dengan adanya internet berkelajuan tinggi.

Video di bawah adalah dokumentari mengenai pembangunan High Speed Broadband yang dilakukan oleh TM. Ianya suatu projek yang begitu besar terhadap teknologi internet di Malaysia setakat ini. Selamat menonton.

P.Ramlee - Di Mana Kan Ku Cari Ganti meneruskan kempennya dengan sebuah dokumentari terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Astro arahan Suhaimi Baba sebagai penutup bulan memperingati P.Ramlee.

Menceritakan segala peristiwa suka duka semenjak pertama kali P.Ramlee keluar dari Pulau Pinang ke Singapura hinggalah saat beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Bagi mereka yang langsung tidak mengenali P.Ramlee, Anda mungkin akan menerima kejutan yang besar semasa menonton. Apakah kejutan itu? saksikan P.Ramlee - Biography
Buat Tatapan Yang Tercinta

Johan seorang pereka muda dan berbakat. Johan semakin jauh dari kedua ibu bapanya yang sangat menyayanginya setelah terjebak dengan najis dadah. Saksikan Aeril Zafril, Tiz Zaqyah dan ramai lagi.
Jangan Dilukai Hatinya

Jangan Dilukai Hatinya Mengisahkan seksa seorang ibu untuk menemui ajal setelah menghalau anak perempuannya dari rumah kerana disangka membawa sial. Dengan kemaafan anaknya barulah si ibu dapat pergi dengan tenang.

Anak Lorong (2011) SDTVRip

Anak Lorong

Mengisahkan Amira dan Azim yang dilahirkan dan dibesarkan di Lorong Haji Taib. Saksikan bagaimana mereka menempuhi kehidupan seterusnya. Telemovie lakonan Sheera Iskandar, Lisdawati, Wan Maimunah, Fauzi Nawawi, Erry Putra, Eyra Hazali, Carl Eqmal Hazali

Sunday, December 4, 2011

Nur Ain (2011) SDTVRip

cerekarama_nurain
Nur Ain Afwa, seorang anak yatim piatu yang mendiami sebuah rumah kebajikan, telah diambil oleh pasangan Azhar dan Marina untuk dijadikan sebagai anak angkat. Tapi Azhar dan Marina tak pernah mengamalkan suruhan Allah swt. Namun begitu, Nur Ain sabar dengan perbuatan ibu bapa angkat dia. Walaupun selalu pulang lambat, mabuk, Nur Ain sentiasa sabar dan berharap suatu hari nanti mak ayah dia berubah. Akhirnya,Azhar & Marina terbuka pintu hati untuk kembali ke jalan Allah. Takdir menentukan segalanya..Nur Ain menghidap penyakit barah otak.

Friday, December 2, 2011

Titis Titis Merah (2011) - SDTVRip


Dalam telemovie ini, Zizan memegang peranan sebagai Nazri mangsa virus HIV, yang mana dia sendiri tidak ketahui dari manakah puncanya. Dia dinasihatkan oleh majikannya untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana sering kelihatan lemah, mengalami selsema berpanjangan, serta hilang konsentrasi kerja (tanda-tanda awal simptom positif virus HIV). Pemeriksaan doktor mengesahkan dia dijangkiti virus HIV. Setelah diketahui majikannya, dia di nasihatkan untuk berhenti kerja, manakala keluarga dan masyarakat setempat pula menjauhkan diri dari Nazri. Bak kata pepatah, sudah jatuh di timpa tangga. Nazri dihina, dipulaukan serta dipandang jijik oleh masyarakat setempat. Dia terpaksa mengharungi kehidupannya sendirian setelah ditinggallkan isteri dan anaknya. Kedangkalan pemahaman mengenai pesakit HIV menyebabkan mereka di sekeliling Nazri menuduhnya dengan pelbagai tohmahan.

Lihat Boleh Pegang Jangan (2011) - SDTVRip


Warong Bakso Goyang Indah bersaing sengit dengan warong bakso di depannya. Pelbagai usaha sabotaj dilakukan untuk menjatuhkan warung bakso masing-masing. Siapakah yang berjaya akhirnya?

Shah Rukh Khan Datang Kampung (2011) - SDTVRip


Salim dibebani dengan masalah hutang akibat daripada perniagaannya yang kurang berjaya. Salim yang terdesak lalu menyamar menjadi produser filem dan mahu melakukan penggambaran di kampung.

Thursday, December 1, 2011

Kelaaas Kau Maria – Episod 1 - 9



KELAAAS KAU MARIA Setiap Isnin 9pm di Astro Ria
Saksikan romantic comedy Kelaaas Kau Maria setiap Isnin 9pm Kisah Mnegenai Persaingan Antara dua beradik tiri Cha-Cha(Erra Fazira) dan Maria(Scha Alyahya)untuk mengejar cita-cita masing-masing iaitu menjada pengacara popular

Lakonan Scha Alyahya, Erra Fazira, Fir, Amar Baharin, Didie Alias, Sharifah Shahora, Awal Ashari dan Ah Chong Sweetchild

Bedah Tong Gas (2011) SDTVRip


Sinopsis
Sebuah telemovie komedi yang mengisahkan tentang Bedah, berumur 27 tahun dan menjalankan perniagaan menjual tong gas dikampungnya. Walaupun hanya menggunakan motosikal tiga roda untuk menghantar tong gas, Bedah tidak ketinggalan untuk mengembangkan perniagaannya melalui laman blog www.bedahtonggas.blogspot.com dan juga mempunyai facebook yang menggunakan nama "Bedah Cun". Semua orang di add menjadi friend.Jika pemuda-pemuda nakal mengganggunya, dia akan remove mereka dari facebook. Bedah pernah mogok tutup kedainya selama seminggu dan selama itu jugalah orang kampung kehabisan gas dan terpaksa memasak menggunakan kayu api. Dua orang pemuda nakal iaitu Zamri dan Ucop sering menggangu Bedah. Mereka suka mengusik Bedah termasuk menyamar menjadi pemuda kaya yang berkenalan di Facebook. Mereka berdua sanggup telefon Bedah pada malam buta semata-mata memberitahu kononnya kedai gas Bedah meletup! Dan banyak lagi yang mereka lakukan untuk mengusik Bedah. Zamri, anak Lebai Kulop yang pandai berjenaka dikampung itu. Dalam diam sebenarnya Lebai Kulop telah menjalinkan hubungan cinta dengan Bedah. Mereka bertemu di Facebook.Zamri terperanjat apabila ayahnya berniat untuk mengahwini Bedah.

Wednesday, November 30, 2011

Iqra' (2011) -SDTVRip


Sebuah kisah mengenai Arman yang berjaya di dalam kariernya namun mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Arman berpindah ke rumah bangli lebih besar dan mewah selepas kejayaan syarikatnya.

Edisi Khas (2011) Episod 1 - 24


Edisi Khas bakal mencuri perhatian penonton dengan genre 'spoof news' di mana Johan, Saiful Apek, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Cham, Sharifah Shahira dan Achong akan 'membincangkan' isu semasa dengan penuh drama. Saksikan episod pertama yang mula ditayangkan Selasa ini mulai jam 10 malam.

Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar 'Fifi Fairuz Fuyoo' yang akan memperkenalkan tiga segmen lakonan dalam setiap episod. Antara topik yang akan dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit dimana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan dengan kad kredit semata-mata untuk mengambil hati kekasihnya.

Seorang pencuri yang ditangkap dan dipukul oleh penduduk kampung terpaksa merayu simpati dengan menceritakan sebab dia mencuri. Lakonan Eman Manan, Zul Huzaimi, Faizal Hussien dan Normah Damanhuri.

Jangan Hantar Aku Ke Neraka (2011) SDTV


Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami. Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.

Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai. Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya.

Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik. Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur. Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya walaupun diai amat merindui ibu tersayang.

Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit dan sentiasa menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.

Sunday, November 27, 2011

Karak (2011) - DVDRip


Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.

Kau Tak Pernah Jauh (2011) - SDTVRip


Kau Tak Pernah Jauh – Sebuah kisah keliru identiti oleh sepasang kembar iaitu Ikhwan dan Ehsan di antara ideologi pemikiran sekular dan kepercayaan agama. Dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Watie dan ramai lagi.

Sebelum Lima Perkara (2011) - SDTVRip


Mengisahkan tentang Alyah yang mempunyai segala-galanya iaitu suami, anak-anak dan kemewahan. Lebih beruntung, Alyah diberikan keimanan dan ketakwaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Pencipta. Anak-anak juga mempunyai akhlak yang baik serta tidak pernah lupa suruhan Allah, hasil didikan dan peringatan Alyah. Namun, suaminya Badri yang leka dengan kemewahan menyebabkannya menjadi sombong, angkuh, kedekut dan membenci orang miskin.

Walaupun Alyah sering mengingatkan Badri tentang tanggungjawabnya sebagai seorang Islam, namun tidak diendahkannya. Kesombongan Badri memuncak apabila dia menghalau Alyah dan anak-anak setelah Alyah mengajaknya mengubah cara hidup yang baru sempena Maal Hijrah. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Friday, November 25, 2011

DST Ombak Rindu (2011) SDTVRip


Sinopsis Di Sebalik Tabir Ombak Rindu
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Pelakon : Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri

Festival Filem Malaysia 24 (2011) SDTVRip


FFM (Festival Filem Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival tahun ini merupakan yang ke 24 dalam siri FFM. Malam Anugerah Festival Filem Malaysia kali ini akan diadakan di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.

Festival ini bertujuan meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mensasarkan kerjaya dalam bidang perfileman sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau karyawan muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.

Suka Benci Kamu (2011) SDTV


Natasha dan Remy bekerja bersama di agensi pengiklanan. Personaliti mereka amat berbeza. Natasha seorang “control freak” yang degil. Manakala, Remy seorang direktor kreatif yang sentiasa rileks dan santai. Mereka perlu bekerjasama dalam pasukan yang sama tetapi mereka memang tidak tahan dengan perangai masing-masing. Suatu hari, mereka dihantar membuat tugasan bersama ke sebuah hotel di suatu pulau. Bot mereka terbalik dalam perjalanan dan mereka terdampar di pantai yang lengang. Pada mulanya, mereka berdegil dan tidak mahu bekerjasama. Masing-masing cuba membuat “sabotaj” antara satu sama lain. Lama kelamaan, mereka melalui situasi yang kelakar dan mencuit hati. dan mendapat tahu yang sebenarnya, ‘si dia tu tidaklah teruk sangat’. Apa yang mulanya bermula sebagai benci boleh bertukar menjadi cinta dalam situasi yang sesuai.

Cinta Elysa (2011) SDTVRip - Updated


Aril melarikan diri dari buruan polis selepas gagal dalam cubaan memecah rumah. Lakonan Johan As’ari (Botak Juvana), Fasha Sandha, Datuk Jalaluddin Hassan dan Zila Bakarin.

Cik Kiah Kole Kacang (2011) SDTV


Mengisahkan Cik Kiah seorang wanita awal 40-an yang mempunyai perniagaan kuih kole kacang. Anaknya Ecah bekerja sebagai handyman di sebuah produksi. Suatu hari, Ecah memberitahu Cik Kiah bahawa produksinya akan membuat penggambaran di sebelah Utara tetapi mereka tidak mempunyai katerer. Cik Kiah yang memang meminati bidang drama dan perfileman ini beranggapan bahawa inilah peluang untuk dia mendekati bidang ini dan Cik Kiah telah menawarkan dirinya untuk menjadi tukang masak produksi itu.

Nora Elena (2011) - Complete


Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

Thursday, November 24, 2011

Panggilan 10 Zulhijjah (2011)


Mengisahkan pergolakan keluarga yang berlaku hanya disebabkan wang dari penjualan tanah pusaka yang akhirnya menjadi sesalan seumur hidup mereka.

Kongsi (2011) DVDRip


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

KL Gangster (2011) DVDRip




Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

Flat 3A (2011) DVDRip


Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
^ Scroll to Top