Friday, January 6, 2012

Tentang Dhia (2011) SDTVRip - Episod 1 - 30 (Complete)


Drama Tentang Dhia mengisahkan mengenai sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan dan dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya.

Kain Kafan Perawan (2010) - DVDRip


Semua berawal dari Rasty dan kelima temannya Smitha,Debby,Marchel,Harry dan Dhana mencoba membuat sebuah video klip milik Rasty di sebuah stasiun kereta api.Ketika mereka sedang meng-edit video tersebut terlihat sekilas penampakan yang aneh,ini membuat Rasty ingin kembali ke stasiun kereta tersebut untuk membuat sebuah film documenter horror untuk di jual ke stasiun TV.Ternyata ketika mereka mencoba membuat film documenter di stasiun,banyak teror-teror dan penampakan yang mereka temukan.Bahkan merenggut korban teman-teman Rasty.Feli dan Sarah dua gadis yang berprofesi sebagai fotografer tiba-tiba mendapat telpon

dari pihak polisi kalo teman mereka Rasty telah ditemukan dengan kondisi pingsan dengan luka disekujur tubuhnya dan sekarang tengah dirawatdi Rumah Sakit.Seperti dikutuk terror terhadap Rasty terus terjadi bahkan ketika di rumah sakit terror tersebut kerap terjadi.

Feli dan Sarah pun juga ikut dihantui setelah mereka pulang menjenguk Rasty.Feli dan Sarah coba berbicara dengan paranormal tentang kejadian aneh ini,ternyata di stasiun tempat dimana Rasty membuat video klip adalah tempat yang angker dimana ada seorang gadis perawan yang diperkosa dan dibunuh di salah satu gerbong kereta distasiun itu.Dan untuk mengakhiri terror ini mereka harus mengambil sobekan kain kafan dari seorang gadis perawan yang sudah meninggal dan

sobekan tersebut harus dibakar.Dengan bantuan Fikri seorang polisi akhirnya Feli dan Sarah berangkat mencari kain kafan perawan dan hendak membakarnya di gerbong yang katanya angker tersebut.Terror hantu tersebut makin menjadi-jadi bahkan ketika mereka tibadi stasiun tersebut Sarah dirasuki oleh hantu…berhasilkahmereka menghilangkan terror tersebut dengan kain kafan perawan?

Suster Keramas 2 (2011) - VCDRip

Suster Keramas 2 (2011) Movie Poster

Filem suster keramas 2 ini dibintangi oleh aktor ricky harun (jack), artis cantik Violenzia Jeanette (shelly) dan artis cantik jepang sola aoi. film ini diproduksi oleh maxima pictures.

Tiga anak muda, Jack (Ricky Harun), Tando (Zidni Adam) dan Shelly (Violenzia Jeanette) gemar berbalap motor di jalan, sehingga suatu malam Shelly mengalami kecelakaan. Ke dua sahabatnya segera membawa ke rumah sakit terdekat.

Ketika menunggu Shelly di rawat, mereka bertemu dengan gadis Jepang (Sola Aoi) yang sedang mengantar berobat sahabatnya, Cakil (Marcel Darwin)

Rumah sakit itu ternyata bukan rumah sakit biasa. Mereka menemukan banyak kejadian aneh dan mengerikan, sehingga mereka memutuskan untuk keluar dari sana. Tapi, mereka tidak bisa pergi, hingga mereka menemukan sebuah kejutan yang tidak pernah mereka duga

Songlap (2011) - DVDRip


Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Wednesday, January 4, 2012

Man Laksa (2006) DVDRip

Man Laksa (2006) Movie Poster

Cerita ini berkisar tentang Man Laksa, seorang pemuda yang pemalu, mencari rezeki dengan menjual laksa di kampungnya. Suatu hari Biro Penerangan Belia 4B Cawangan Kampung yang diketuai oleh Fadhil Mat Dom telah bercadang untuk mengadakan malam anekaragam bagi tujuan mengumpul derma kepada keluarga Pak Maon yang kehilangan harta benda akibat kebakaran pada musim banjir. Man Laksa pula bercita-cita untuk menjual sebanyak mungkin laksa pada malam amal tersebut. Pada malam itu juga dia juga mahu melamar si buah hatinya, Chah. Namun Man Laksa sedar ia bukan kerja mudah kerana Chah adalah anak Ketua Kampung, Tok Ketua Tuan Hj. Sukarno. Tambahan pula ibu Chah, Makcik Mahuna adalah seorang yang materialistik. Tetapi Man Laksa yakin dengan keuntungan menjual berkati-kati laksa, dia akan mampu meminang Chah. Musuh ketat Man Laksa ialah Saedon Dengki, seorang kutu kampung yang juga ada hati terhadap Chah. Pelbagai masalah pula muncul satu-persatu.

Orang ramai mula tiba di tapak malam amal. Fadhil yang mula resah pergi ke belakang pentas untuk memeriksa. Semua orang tiada. Pentas tak siap, penyanyi dan penari jemputan tak kunjung tiba, band boy juga tak muncul-muncul, dan seribu satu macam masalah lain. Lan Cicak kemudian datang kepada Fadhil dan mengatakan tiada persembahan yang boleh dibuat. Mendengarkan kata-kata tersebut, Fadhil terus pengsan. Ketua Kampung mahu seseorang menggantikan Fadhil. Sesiapa yang berjaya menyempurnakan tugas tersebut bakal menjadi menantunya. Mendengarkan tawaran tersebut, dan untuk membuatkan laksanya laku, Man Laksa terpaksa mengambil alih tugas tersebut. 

Penonton yang sudah penat menunggu mula memekik mahukan artis jemputan. Laksa Man Laksa pula langsung tidak terjual. Pak Lurah yang menjadi tukang cucuk, menambahkan ketegangan. Keadaan kucar-kacir tersebut berterusan... Mampukah Man Laksa membawa Ahmad Jais, Saloma dan M. Daud Kilau menyanyi di kampungnya itu, seperti yang dijanjikan oleh Fadhil Mat Dom? Sempurnakah persembahan malam amal tersebut, lalu boleh membuatkan laksanya terjual? Adakah Chah menerima lamaran Man Laksa atau lari bersama Saedon Dengki?

Jatuh Cinta (2011) - SDTVRip

JatuhCinta2011SDTVRip

Mengisahkan Badrul, seorang usahawan terkenal yang telah jatuh hati pada Manisah, seorang penoreh getah. Dapatkah Manisah menyesuaikan dirinya dengan cara hidup Badrul?

Monday, January 2, 2012

Ku Hijrahkan Doa (2011) SDTVRip


Ku Hijrahkan Doa mengisahkan Saiful dan Kamarul, anak yatim piatu yang membesar bersama-sama. Saiful dan Kamarul akrab dan mereka berkongsi minat yang sama namun yang membezakan mereka ialah tahap pemikiran dimana Saiful lebih bijak daripada Kamarul. Kamarul mempunyai masalah sukar mengingati sesuatu sejak lahir. Semakin hari, Saiful semakin cemerlang dan berjaya. Saiful kecewa dan menganggap Kamarul tidak rajin berusaha keras dan tidak ikhlas berdoa. Saiful sukses dalam kerjayanya dan mampu memiliki rumah dan berkahwin. Saiful menganggap kejayaannya adalah hasil dia rajin berda dan doanya sentiasa dimakbulkan Tuhan. Tidak lama kemudian Kamarul meninggal dunia. Ketika mengemas rumah pusaka mereka, Saiful terjumpa secebis kertas yang sering dibaca oleh Kamarul ketika berdoa. Saiful terharu dan menangis apabila mengetahui bahawa selama ini, berkat doa adiknyalah yang membuatkan dia berjaya.

Maharaja Lawak Mega (2011) HDTV 720p



Kejayaan program Maharaja Lawak yang lalu ternyata telah mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi. Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara iaitu MAHARAJA LAWAK MEGA khas untuk para penonton. Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak profesional terhebat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. sistem penghakiman akan dilakukan oleh tiga juri profesional yang mewakili 70 peratus markah dan selebihnya kepada undian penonton.

Sunday, January 1, 2012

Ombak Rindu (2011) SDTVRip & HDTVRip (updated)


Kisah bermula dengan Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan
kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
^ Scroll to Top