Tuesday, December 6, 2011

Super Lawak FC (2011) - Ep 1-2


Mengisahkan aksi komedi permainan bola sepak jalanan, diterajui oleh Johan. Ianya bermula setelah Johan dibuang daripada pasukan Daya Bumi, angkara hasad dengki Omara.

Monday, December 5, 2011


“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Fast Forward Malaysia - HSBB Project (2011) SDTVRip


Teknologi internet di Malaysia semakin maju apabila semakin banyak syarikat yang telah membangunkan perkhidmatan internet jalur lebar dengan berkelajuan tinggi. Peneraju utama dalam teknologi jalur lebar TM telah pun memulakan langkah bagi memastikan projek ini berjalan dengan baik.

Kini, TM telah pun memperkenalkan UniFi pada projek jalur lebar mereka pada masa ini. Ianya boleh menampung kelajuan internet sehingga 20Mbps/saat. Selain daripada itu juga mereka memperkenalkan sistem IPTV dimana pengguna boleh menonton siaran diseluruh dunia dengan adanya internet berkelajuan tinggi.

Video di bawah adalah dokumentari mengenai pembangunan High Speed Broadband yang dilakukan oleh TM. Ianya suatu projek yang begitu besar terhadap teknologi internet di Malaysia setakat ini. Selamat menonton.

P.Ramlee - Di Mana Kan Ku Cari Ganti meneruskan kempennya dengan sebuah dokumentari terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Astro arahan Suhaimi Baba sebagai penutup bulan memperingati P.Ramlee.

Menceritakan segala peristiwa suka duka semenjak pertama kali P.Ramlee keluar dari Pulau Pinang ke Singapura hinggalah saat beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Bagi mereka yang langsung tidak mengenali P.Ramlee, Anda mungkin akan menerima kejutan yang besar semasa menonton. Apakah kejutan itu? saksikan P.Ramlee - Biography
Buat Tatapan Yang Tercinta

Johan seorang pereka muda dan berbakat. Johan semakin jauh dari kedua ibu bapanya yang sangat menyayanginya setelah terjebak dengan najis dadah. Saksikan Aeril Zafril, Tiz Zaqyah dan ramai lagi.
Jangan Dilukai Hatinya

Jangan Dilukai Hatinya Mengisahkan seksa seorang ibu untuk menemui ajal setelah menghalau anak perempuannya dari rumah kerana disangka membawa sial. Dengan kemaafan anaknya barulah si ibu dapat pergi dengan tenang.

Anak Lorong (2011) SDTVRip

Anak Lorong

Mengisahkan Amira dan Azim yang dilahirkan dan dibesarkan di Lorong Haji Taib. Saksikan bagaimana mereka menempuhi kehidupan seterusnya. Telemovie lakonan Sheera Iskandar, Lisdawati, Wan Maimunah, Fauzi Nawawi, Erry Putra, Eyra Hazali, Carl Eqmal Hazali

Sunday, December 4, 2011

Nur Ain (2011) SDTVRip

cerekarama_nurain
Nur Ain Afwa, seorang anak yatim piatu yang mendiami sebuah rumah kebajikan, telah diambil oleh pasangan Azhar dan Marina untuk dijadikan sebagai anak angkat. Tapi Azhar dan Marina tak pernah mengamalkan suruhan Allah swt. Namun begitu, Nur Ain sabar dengan perbuatan ibu bapa angkat dia. Walaupun selalu pulang lambat, mabuk, Nur Ain sentiasa sabar dan berharap suatu hari nanti mak ayah dia berubah. Akhirnya,Azhar & Marina terbuka pintu hati untuk kembali ke jalan Allah. Takdir menentukan segalanya..Nur Ain menghidap penyakit barah otak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
^ Scroll to Top