Friday, December 2, 2011

Titis Titis Merah (2011) - SDTVRip


Dalam telemovie ini, Zizan memegang peranan sebagai Nazri mangsa virus HIV, yang mana dia sendiri tidak ketahui dari manakah puncanya. Dia dinasihatkan oleh majikannya untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana sering kelihatan lemah, mengalami selsema berpanjangan, serta hilang konsentrasi kerja (tanda-tanda awal simptom positif virus HIV). Pemeriksaan doktor mengesahkan dia dijangkiti virus HIV. Setelah diketahui majikannya, dia di nasihatkan untuk berhenti kerja, manakala keluarga dan masyarakat setempat pula menjauhkan diri dari Nazri. Bak kata pepatah, sudah jatuh di timpa tangga. Nazri dihina, dipulaukan serta dipandang jijik oleh masyarakat setempat. Dia terpaksa mengharungi kehidupannya sendirian setelah ditinggallkan isteri dan anaknya. Kedangkalan pemahaman mengenai pesakit HIV menyebabkan mereka di sekeliling Nazri menuduhnya dengan pelbagai tohmahan.

Lihat Boleh Pegang Jangan (2011) - SDTVRip


Warong Bakso Goyang Indah bersaing sengit dengan warong bakso di depannya. Pelbagai usaha sabotaj dilakukan untuk menjatuhkan warung bakso masing-masing. Siapakah yang berjaya akhirnya?

Shah Rukh Khan Datang Kampung (2011) - SDTVRip


Salim dibebani dengan masalah hutang akibat daripada perniagaannya yang kurang berjaya. Salim yang terdesak lalu menyamar menjadi produser filem dan mahu melakukan penggambaran di kampung.

Thursday, December 1, 2011

Kelaaas Kau Maria – Episod 1 - 9



KELAAAS KAU MARIA Setiap Isnin 9pm di Astro Ria
Saksikan romantic comedy Kelaaas Kau Maria setiap Isnin 9pm Kisah Mnegenai Persaingan Antara dua beradik tiri Cha-Cha(Erra Fazira) dan Maria(Scha Alyahya)untuk mengejar cita-cita masing-masing iaitu menjada pengacara popular

Lakonan Scha Alyahya, Erra Fazira, Fir, Amar Baharin, Didie Alias, Sharifah Shahora, Awal Ashari dan Ah Chong Sweetchild

Bedah Tong Gas (2011) SDTVRip


Sinopsis
Sebuah telemovie komedi yang mengisahkan tentang Bedah, berumur 27 tahun dan menjalankan perniagaan menjual tong gas dikampungnya. Walaupun hanya menggunakan motosikal tiga roda untuk menghantar tong gas, Bedah tidak ketinggalan untuk mengembangkan perniagaannya melalui laman blog www.bedahtonggas.blogspot.com dan juga mempunyai facebook yang menggunakan nama "Bedah Cun". Semua orang di add menjadi friend.Jika pemuda-pemuda nakal mengganggunya, dia akan remove mereka dari facebook. Bedah pernah mogok tutup kedainya selama seminggu dan selama itu jugalah orang kampung kehabisan gas dan terpaksa memasak menggunakan kayu api. Dua orang pemuda nakal iaitu Zamri dan Ucop sering menggangu Bedah. Mereka suka mengusik Bedah termasuk menyamar menjadi pemuda kaya yang berkenalan di Facebook. Mereka berdua sanggup telefon Bedah pada malam buta semata-mata memberitahu kononnya kedai gas Bedah meletup! Dan banyak lagi yang mereka lakukan untuk mengusik Bedah. Zamri, anak Lebai Kulop yang pandai berjenaka dikampung itu. Dalam diam sebenarnya Lebai Kulop telah menjalinkan hubungan cinta dengan Bedah. Mereka bertemu di Facebook.Zamri terperanjat apabila ayahnya berniat untuk mengahwini Bedah.

Wednesday, November 30, 2011

Iqra' (2011) -SDTVRip


Sebuah kisah mengenai Arman yang berjaya di dalam kariernya namun mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Arman berpindah ke rumah bangli lebih besar dan mewah selepas kejayaan syarikatnya.

Edisi Khas (2011) Episod 1 - 24


Edisi Khas bakal mencuri perhatian penonton dengan genre 'spoof news' di mana Johan, Saiful Apek, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Cham, Sharifah Shahira dan Achong akan 'membincangkan' isu semasa dengan penuh drama. Saksikan episod pertama yang mula ditayangkan Selasa ini mulai jam 10 malam.

Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar 'Fifi Fairuz Fuyoo' yang akan memperkenalkan tiga segmen lakonan dalam setiap episod. Antara topik yang akan dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit dimana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan dengan kad kredit semata-mata untuk mengambil hati kekasihnya.

Seorang pencuri yang ditangkap dan dipukul oleh penduduk kampung terpaksa merayu simpati dengan menceritakan sebab dia mencuri. Lakonan Eman Manan, Zul Huzaimi, Faizal Hussien dan Normah Damanhuri.

Jangan Hantar Aku Ke Neraka (2011) SDTV


Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami. Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.

Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai. Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya.

Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik. Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur. Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya walaupun diai amat merindui ibu tersayang.

Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit dan sentiasa menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.

Sunday, November 27, 2011

Karak (2011) - DVDRip


Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.

Kau Tak Pernah Jauh (2011) - SDTVRip


Kau Tak Pernah Jauh – Sebuah kisah keliru identiti oleh sepasang kembar iaitu Ikhwan dan Ehsan di antara ideologi pemikiran sekular dan kepercayaan agama. Dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Watie dan ramai lagi.

Sebelum Lima Perkara (2011) - SDTVRip


Mengisahkan tentang Alyah yang mempunyai segala-galanya iaitu suami, anak-anak dan kemewahan. Lebih beruntung, Alyah diberikan keimanan dan ketakwaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Pencipta. Anak-anak juga mempunyai akhlak yang baik serta tidak pernah lupa suruhan Allah, hasil didikan dan peringatan Alyah. Namun, suaminya Badri yang leka dengan kemewahan menyebabkannya menjadi sombong, angkuh, kedekut dan membenci orang miskin.

Walaupun Alyah sering mengingatkan Badri tentang tanggungjawabnya sebagai seorang Islam, namun tidak diendahkannya. Kesombongan Badri memuncak apabila dia menghalau Alyah dan anak-anak setelah Alyah mengajaknya mengubah cara hidup yang baru sempena Maal Hijrah. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
^ Scroll to Top