Wednesday, November 30, 2011

Jangan Hantar Aku Ke Neraka (2011) SDTV


Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami. Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.

Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai. Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya.

Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik. Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur. Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya walaupun diai amat merindui ibu tersayang.

Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit dan sentiasa menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.

 
Download


Upgrade to a FileSonic Premium account and download at incredible speed! And Make Money Sharing your files

FileServe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
^ Scroll to Top