Thursday, December 22, 2011

Sini Ada Hantu (2011) - DVDRip


Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.

Bakri memulakan kisahnya tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG Kisah berlaku di sebuah kampung pedalaman… Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap buaya darat. Zam cuba memisahkan mereka berdua.

KISAH SERAM 4D cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati.

TANDAS ASRAMA BERHANTU kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.

VAN cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut.

 
Download

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
^ Scroll to Top