Saturday, January 28, 2012

Serapah Darah Bulan Madu (2011) SDTV (Episod 6 - Updated)


Perhubungan suami isteri Johan dan Adura sedang di belenggu seribu masalah. Adura yang baru sahaja berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian pada rumahtangga ternyata diuji oleh sifat baran Johan. Johan yang inginkan anak dari perhubungan itu amat kecewa kerana Adura disahkan tidak boleh hamil oleh pihak hospital.

Bagi mencari ketenangan, pasangan muda itu mengambil keputusan berpindah dari kesibukan bandar ke rumah sendiri, tidak begitu jauh dari kediaman mereka, terdapat sepohon pokok besar yang menyimpan seribu misteri yang hanya diketahui oleh penduduk lama di kawasan itu.

Dirumah baru itu, Adura banyak mengimbau kenangan percintaan dan kemanisan bulan madu yang dirasakan baru semalam dikecapi bersama suami tercinta. Adura juga terkenangkan cinta lalunya bersama Azlan yang begitu mengambil berat terhadap dirinya (namun percintaan mereka putus setelah Adura jatuh hati pada Johan yang berjaya memenangi cintanya ). Mona merupakan bekas teman sepejabat Adura dan juga tempatnya berkongsi masalah sebenarnya mempunyai niat jahat untuk merampas Johan. Mona sebenarnya amat meminati Johan sejak dari dahulu lagi.

Johan pula mulai sering lewat malam pulang ke rumah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Kelab-kelab malam ibarat rumah pertamanya manakala rumahnya ibarat tempat pulang untuk makan, mandi, melempiaskan nafsu dan keluar semula.

 
Download

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
^ Scroll to Top