Thursday, January 19, 2012

Papa I Love U [2011] DVDRip


Baha (Zalif Sidek) merupakan seorang bapa tunggal yang kematian isteri. Beliau mempunyai seorang anak tunggal iaitu Mia (Mia Sara Nasuha) yang bijak dan petah berkata-kata. Ketika arwah isterinya masih hidup, segala perbelanjaan harian keluarga ditanggung oleh isterinya. Konflik kehidupan Baha bermula sejak beliau di alam perkahwinan lagi kerana beliau tidak bekerja untuk menampung kehidupan keluarganya. Begitu juga dengan keperibadiannya yang kurang keyakinan diri menyebabkan dirinya sentiasa berdepan dengan masalah dan dugaan.

Walaupun kehidupan mereka sentiasa dihujani dengan masalah, Baha akan melakukan apa saja untuk menggembirakan anak kesayangannya itu. Satu demi satu ujian mendatang tetapi Baha tetap tabah mengharunginya walaupun dia sedar dirinya bagaikan tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan masalah yang sedia ada.

Elly (Lisa Surihani), merupakan seorang wanita yang tegas walaupun penampilan luarannya seperti seorang wanita yang lemah lembut. Elly mempunyai konflik dengan bapanya Datuk Kudin (Zaidi Omar). Konflik antara mereka tidak pernah selesai walaupun Datuk Kudin berusaha untuk memulihkannya. Melalui Mia, Baha dan Elly mula rapat namun situasi ini menyebabkan Datuk Kudin mengambil kesempatan untuk memulihkan kembali perhubungannya dengan Elly.

Dalam usaha merapatkan semula hubungan Datuk Kudin dengan Elly, Baha menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Mia juga menjadi sandaran Baha dalam usahanya untuk merealisasikan impian Datuk Kudin. Tindakan Baha sebagai orang tengah akhirnya telah menyebabkan hubungannya dengan Elly sendiri menjadi tegang. Apakah yang menyebabkan Elly berkeras tidak mahu menerima kembali bapanya? Adakah kehadiran Mia dapat membantu melembutkan hati Elly? Jawapannya akan terlerai dalam ‘Papa, I Love you’, di pawagam berhampiran anda.

 
Download

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
^ Scroll to Top